Monday, April 16, 2012

Aku dan EPF aka KWSP


hari ni terfikir ingin menguruskan pengeluaran duit epfku yang dah lama beku, Beku sebab aku dah masuk taraf pencen yang sebelum ni aku memang pencarum epf hingga tahun 2009. Kawan-kawan lain semuanya dah keluarkan duit tu, cuma aku je, hanya lately baru terfikir nak keluarkan sebab along nak pergi belajar dan terfikir kalau labur dalam asb lagi bagus lagi banyak pulangannya.

Maka hari ni mulalah aku menyalin segala benda yang perlu dan tidak terlintas sedikit pun di benak fikiranku ini bahawa aku kena isi borang yang perlu di tandatangani oleh ketua jabatan. Sebelum tu dah buat sedikit research dari kawan-kawan, cuma kata mereka cuma bawak surat pengesahan pencen, no akaun dan ic saja. Aku pun dengan senang hati membuat salinan apa yang perlu dan terus ke tempat yang dituju. Sampai di kaunter :

aku : assalamualaikum, saya nak buat pengeluaran duit sebab dah masuk ke pencen
pegawai epf : waalaikumsalam, masuk pencen ke skim bersara
(aku mula confiuse, pencen ke bersara, mana satu yang betul ya.. rasanya aku belum pencen maknanya belum bersara, tapi masuk skim pencen)
aku : masuk skim pencen (penuh yakin)
pegawai epf : dah isi borang ni (sambil menunjukkan borang)
aku : belum
pegawai epf : isi borang ni dulu, bawak ni, ni, dan ini, (sambil membuat bulatan kepada mana yang perlu disediakan, aku hanya angguk saja, sebab tak nampak apa benda yang dibulatkan)
pegawai epf : lepas tu dapatkan tandatangan dari pegawai puan di sini.
aku : pegawai??? pegawai apa ya, sambil aku menjengkelkan mata melihat ruangan tandatangan tu,
aku : oooo ketua jabatan, ok tak pe, terima kasih

Aku mengambil borang dan membayar parking terus balik ke ofis. Satu pengajaran bagi aku, sepatutnya aku pergi dulu ke laman web epf dan tengok atau download dulu borang yang perlu dan isi dulu supaya aku tak buat kerja dua kali, maklumlah sekarang ni dah zaman teknologi, semua maklumat di hujung jari, mengajar orang pandai tapi bila dah kena kat diri sendiri baru padan muka...

Baliklah aku ke ofis dengan tangan kosong dan sakit hati kerana terpaksa datang semula. sampai ofis aku buka laman web epf semua ada kat situ termasuk borangnya sekali. Terus aku isi borang dan dapatkan tandatangan dari ketua hr. Pukul 3.00 ptg baru aku pergi ke epf sekali lagi dan ia tidak memakan masa yang lama pun untuk menyelesaikannya. Syabas epf kerana mempunyai sistem kaunter yang cepat. Maka aku tunggu dalam masa dua minggu ni aku akan menerima duit ku kembali. Lepas tu barulah boleh diagih-agihkan kepada mana yang perlu. Kaya sekejap....

Pengajaran : Lain kali kalau nak berurusan dengan agensi kerajaan kena buka dulu laman webnya supaya kita tak payah buat kerja dua kali.

Aku dan Novel (aku yang kau tinggalkan)


Macam tak percaya, hujung minggu aku dihabiskan dengan membaca novel bertajuk "aku yang kau tinggalkan" ditulis oleh alina haiza. Memang sebelum ni seumur hidup aku tak pernah baca novel, maklumla aku ni tak sensitif dan tak romantik, bagi aku orang yang baca novel orang yang jiwang suka senyum sorang-sorang dan suka nangis sorang-sorang. Masa aku sekolah rendah dulu aku banyak baca siri penyiasatan dan cerita-cerita lasak dan pengembaraan. Bila masuk sekolah menengah macam pelik tengok kawan-kawan boleh kusyuk mengadap novel bagi aku masa tu cukup buang masa. Hari ni memang dalam sejarah betul, aku boleh baca novel. Cerita ni bermula begini (macam aku pulak nak tulis novel ni)

Hujung minggu lepas (hari jumaat malam) aku balik kampung dan tidur di rumah abang iparku, dia ni mempunyai 4 orang anak yang dah besar-besar belaka, Anak lelakinya yang bongsu masih belajar menumpang kami balik sekali. Kami menjemputnya di asrama dan bersamanya satu plastic bag barang.

Aku : apa dalam beg tu macam berat je
Dia : alaaa kertas A4 dan buku untuk Alang, dia suruh habiskan baucer buku tu

Sampai di rumah, anak buah tu terus bagi dekat alang,

Alang : Alaaa alang dah bacalah buku ni

Aku terus tengok buku yang masih dibaluti plastik tu tajuknya "aku yang kau tinggalkan". Aku terus membelek-belek buku yang tebal dan bergambar daun gugur. Dalam hatiku terus berkata ini mesti buku cintan ni.

Aku : alang... best tak buku ni
Alang : best jugak, tapi alang baca lompat-lompat je, tebal sangat

Besok pagi, selepas sarapan, aku tengok buku tu diletakkan di atas meja makan yang alang gunakan untuk memeriksa kertas soalan studentnya, sekali lagi aku belek-belek buku tu. Hih sayang buku ni tak ada orang nak baca. Aku terus ke dapur dan membantu kakak ipar menyediakan makan tengahari. Lepas tu kak ipar dan abang ipar pergi kenduri kahwin. Suami ku pergi ke bandar, Alang dan angah selesai makan tengahari tapi aku masih di meja makan tak ada selera nak makan, rasa macam kenyang.

Angah : busu tak nak makan ke
aku : tak pelah, tunggu pak busu baliklah nanti kami makan sekali (sambil aku membelek buku tu lagi), pusing-pusing buku tu, tiba-tiba baca sinopsis di belakang buku nampak macam best lah pulak
aku : alang, boleh bukak tak buku ni (sebenarnya tangan dah mula mengoyakkan plastik yang membaluti buku tu)
alang : bukak lah

Selesai buka, terus aku tengok bab 1, waaa ini kisah kat italy best jugak... tak pa aku mula membaca sket-sket. Makin lama makin seronok, buku tu tebalnya sebanyak 750 muka surat, dalam hati mampu ke aku baca sampai habis ni.

Selepas makan tengahari dengan husband, husband kata nak keluar jumpa kawan untuk berbincang pasal tanah yang akan ditanam semula getah. Apa lagi aku pun ambil peluang nak baca buku ni.

abang ipar : nak pergi sekali? jomlah boleh minum cendol sedap,
aku : tak pelah
bila mereka bertolak je, terus aku membaca buku ni dengan tekun, memang seronok dan tak sabar ingin menikmati kesudahan ceritanya...
aku membaca terus membaca sehingga malam, selesai makan malam mereka semua keluar karaoke tinggal aku dan kak ipar sahaja, apa lagi sekali lagi aku mengadap buku ni. Sehingga mereka balik jam 2.00 pagi.

acik : aiii busu tak tidur lagi???
aku : kali ni busu nekad nak habiskan buku ni malam ni jugak

husband aku balik terus tidur dan berdengkur namun aku berjuang menghabiskan buku ni. Akhirnya aku dapat menamatkan buku ini pada pukul 4.00 pagi dengan rasa puas yang amat sangat. Sehingga hari ini aku masih lagi mengingati ceritanya dan watak di dalam buku itu. Rasa menyesal pulak tidak bawak balik buku tu, mungkin aku akan membeli senashkah untuk simpanan ku sebagai kenang kenangan.

Friday, April 13, 2012

Aku dan Research


Pagi ni pukul 11.00 aku ada meeting research dengan seorang prof. Sebelum ni aku dan team telah present di mesyuarat lembaga pengarah hasil research ni, adalah komen-komen membina yang membuatkan kami terpaksa membetulkan semula dan dicadangkan supaya prof ni membantu kami. Maka hari ni berjumpalah kami dengan prof ni, memanglah kalau dah prof tu memang lah prof, dia mintak marker dan terus berdiri di papan putih macam bagi lecture. Tapi bagi aku dia memang seorang yang bagus dan berpengalaman sebab sepanjang penerangan dan perbincangan ini aku memang faham dan jelas. Memang betul kami kena betulkan beberapa perkara sebab memang kurang jelas. Kami diberi masa untuk present kali ke dua nanti. Aku harap lepas ni kami akan beroleh kemenangan dan kejayaan. Habis meeting kami makan nasi berlaukan gulai lemak ayam dan sambal ikan kerisi serta telur masin memang berselera sebab kepala otak pun dah serabut dan hati dah senang. Kesimpulannya hanya sedikit sahaja yang kami perlu betulkan tak adalah banyak sangat dan teruk sangat seperti anggapan sesetengah pihak tu.

Wednesday, April 4, 2012

Aku dan Mesyuarat


Semalam mesyuarat petang, mesyuarat ni memang penting, ianya satu event yang besar dan penting di mana melibatkan VVIP dan VIP. Aku sebagai penyelarasnya... BETAPA BESARNYA TANGGUNG JAWAB INI, tapi akan ku gagahkan juga walaupun this is first time aku handle event penting macam ni, bos aku sebagai taukenya, TAPI bos aku dah mengalah separuh jalan, akan meletakkan jawatan sebelum event ni berlangsung, nampaknya aku akan meneruskannya dengan bos baru yang tak tau lagi siapa dan bagaimana orangnya. Mesyuarat semalam membincangkan tentang aturcaranya dan pengisian event tersebut, alhamdulilah ada lagi insan yang mahu memberikan idea idea yang bernas.

Hari ini ada mesyuarat agung satu pertubuhan di ofis aku, tapi niat aku dari semalam lagi aku tak nak masuk mesyuarat ni, kenapa??? aku tak tahu nak jawab apa, sbb aku memang tak minat nak masuk sedangkan aku telah dilantik sebagai penolong bendaharinya. Aku pun tak faham kenapa hatiku keras macam batu aku langsung tak nak masuk mesyuarat tu, aku sanggup duduk diluar menjaga pendaftaran dan mengutip yuran dan mengedarkan door gift je.

Aku rasa dah sampai masanya aku tak nak lagi melibatkan diri dengan sebarang mesyuarat persatuan di sini, tak tahulah aku rasa macam tak mampu dan tak minat. Tak tahu mungkin satu hari nanti Allah bukakan hatiku untuk aktif semula di masa akan datang.