Thursday, June 14, 2012

Ijoy dan Keby


Hari ni ijoy dan keby tak sekolah hidung berdarah.... terlalu panas kot.. kesian tembam dua orang tu, sedih tengok nampak macam penat sangat. Pagi-pagi lagi dah bangun bersiap nak pergi rumah mak ngah, tak nak tinggal dengan along kat rumah, rindu dengan mak ngah kot.... semoga ijoy dan keby cepat sembuh...


Aku dan modul Pengenalan Teknologi Maklumat (ICT)


Menulis modul ini bukannya senang, nak pulak modul yang berbentuk akademik yang akan menjadi panduan bagi pelajar-pelajar. Semasa menulis ini sentiasa aku memikirkan adakah pelajar aku faham dengan modul yang aku tulis ni, banyak persoalan yang bermain di minda ini seperti :
- setelah baca modul ini boleh ke mereka faham apa yang cuba aku sampaikan
- aktiviti dan soalah latihan yang aku berikan ini adakah telalu mudah atau susah
- jika soalan yang susah ini, mampukah mereka menjawabnya
- jika soalan terlalu senang pulak, adakah modul ini tidak berkualiti
memang susah rupanya nak membangunkan sesebuah modul, nak pulak modul yang aku buat ni adalah untuk diguna pakai oleh pelajar diploma secara jarak jauh... kalau mereka tak faham kesiannn mereka kan dahlah jauh tanpa guru.... semasa aku menulis modul ini sentiasa aku memohon doa kepada Allah swt semoga diberikan ilham ayat-ayat yang mudah difahami supaya pelajar dapat memahaminya dengan mudah.

Sehingga kini aku telah menyiapkan 6 modul dari 14 modul, modul 7 tinggal sikit lagi nak siap. Masa yang diberikan cuma dua bulan je lagi... kalau mengingatkan due date ooooooohhh berpeluh dibuatnya. Akan aku usahakan supaya siap sebelum due date. semoga Allah permudahkan usaha aku ini.

Sunday, May 13, 2012

Aku dan Along


Hari tu 7 Mei 2012 hari keputusan UPU diumumkan. Hati berdebar-debar sama ada along dapat atau tidak kursus yang dimohonnya. Adakah permintaan ku setiap kali selepas habis sembahyang dan setiap kali sujud itu ditunaikan oleh Allah. Namu aku percaya apa jua keputusannya adalah kehendak Allah jua, aku redha dengan apa pun keputusannya dan setiap kejadian itu ada hikmahnya, aku memang berpegang kuat pada itu.

Tiba-tiba along telefon :
along : mama along dah dapat keputusan upu kawan along tolong tengokkan
aku : dapat tak?
along : dapat .... tapi teknologi makmal perubatan
aku : ya ke... tak pelah nanti kita bincang kemudian
along : along pergi rcmp je lah mama...
aku : tak pe nanti kita bincang dulu

Nampaknya apa yang aku doa dan along doa tak kesampaian, mesti ada yang tersirat... aku cuba menelefon salah seorang peserta kursus yang merupakan pensyarah dari uitm untuk bertanyakan tentang pertukaran program. Malangnya dia memberitahu polisi terkini tidak lagi boleh menukar program atau menukar kampus. Ini untuk mengelakkan kesulitan pentadbiran di uitm.

Puas bertanya dengan kawan-kawan dan sedara mara, mereka mencadangkan along stick kepada keputusannya amik farmasi di unikl.

Monday, April 16, 2012

Aku dan EPF aka KWSP


hari ni terfikir ingin menguruskan pengeluaran duit epfku yang dah lama beku, Beku sebab aku dah masuk taraf pencen yang sebelum ni aku memang pencarum epf hingga tahun 2009. Kawan-kawan lain semuanya dah keluarkan duit tu, cuma aku je, hanya lately baru terfikir nak keluarkan sebab along nak pergi belajar dan terfikir kalau labur dalam asb lagi bagus lagi banyak pulangannya.

Maka hari ni mulalah aku menyalin segala benda yang perlu dan tidak terlintas sedikit pun di benak fikiranku ini bahawa aku kena isi borang yang perlu di tandatangani oleh ketua jabatan. Sebelum tu dah buat sedikit research dari kawan-kawan, cuma kata mereka cuma bawak surat pengesahan pencen, no akaun dan ic saja. Aku pun dengan senang hati membuat salinan apa yang perlu dan terus ke tempat yang dituju. Sampai di kaunter :

aku : assalamualaikum, saya nak buat pengeluaran duit sebab dah masuk ke pencen
pegawai epf : waalaikumsalam, masuk pencen ke skim bersara
(aku mula confiuse, pencen ke bersara, mana satu yang betul ya.. rasanya aku belum pencen maknanya belum bersara, tapi masuk skim pencen)
aku : masuk skim pencen (penuh yakin)
pegawai epf : dah isi borang ni (sambil menunjukkan borang)
aku : belum
pegawai epf : isi borang ni dulu, bawak ni, ni, dan ini, (sambil membuat bulatan kepada mana yang perlu disediakan, aku hanya angguk saja, sebab tak nampak apa benda yang dibulatkan)
pegawai epf : lepas tu dapatkan tandatangan dari pegawai puan di sini.
aku : pegawai??? pegawai apa ya, sambil aku menjengkelkan mata melihat ruangan tandatangan tu,
aku : oooo ketua jabatan, ok tak pe, terima kasih

Aku mengambil borang dan membayar parking terus balik ke ofis. Satu pengajaran bagi aku, sepatutnya aku pergi dulu ke laman web epf dan tengok atau download dulu borang yang perlu dan isi dulu supaya aku tak buat kerja dua kali, maklumlah sekarang ni dah zaman teknologi, semua maklumat di hujung jari, mengajar orang pandai tapi bila dah kena kat diri sendiri baru padan muka...

Baliklah aku ke ofis dengan tangan kosong dan sakit hati kerana terpaksa datang semula. sampai ofis aku buka laman web epf semua ada kat situ termasuk borangnya sekali. Terus aku isi borang dan dapatkan tandatangan dari ketua hr. Pukul 3.00 ptg baru aku pergi ke epf sekali lagi dan ia tidak memakan masa yang lama pun untuk menyelesaikannya. Syabas epf kerana mempunyai sistem kaunter yang cepat. Maka aku tunggu dalam masa dua minggu ni aku akan menerima duit ku kembali. Lepas tu barulah boleh diagih-agihkan kepada mana yang perlu. Kaya sekejap....

Pengajaran : Lain kali kalau nak berurusan dengan agensi kerajaan kena buka dulu laman webnya supaya kita tak payah buat kerja dua kali.

Aku dan Novel (aku yang kau tinggalkan)


Macam tak percaya, hujung minggu aku dihabiskan dengan membaca novel bertajuk "aku yang kau tinggalkan" ditulis oleh alina haiza. Memang sebelum ni seumur hidup aku tak pernah baca novel, maklumla aku ni tak sensitif dan tak romantik, bagi aku orang yang baca novel orang yang jiwang suka senyum sorang-sorang dan suka nangis sorang-sorang. Masa aku sekolah rendah dulu aku banyak baca siri penyiasatan dan cerita-cerita lasak dan pengembaraan. Bila masuk sekolah menengah macam pelik tengok kawan-kawan boleh kusyuk mengadap novel bagi aku masa tu cukup buang masa. Hari ni memang dalam sejarah betul, aku boleh baca novel. Cerita ni bermula begini (macam aku pulak nak tulis novel ni)

Hujung minggu lepas (hari jumaat malam) aku balik kampung dan tidur di rumah abang iparku, dia ni mempunyai 4 orang anak yang dah besar-besar belaka, Anak lelakinya yang bongsu masih belajar menumpang kami balik sekali. Kami menjemputnya di asrama dan bersamanya satu plastic bag barang.

Aku : apa dalam beg tu macam berat je
Dia : alaaa kertas A4 dan buku untuk Alang, dia suruh habiskan baucer buku tu

Sampai di rumah, anak buah tu terus bagi dekat alang,

Alang : Alaaa alang dah bacalah buku ni

Aku terus tengok buku yang masih dibaluti plastik tu tajuknya "aku yang kau tinggalkan". Aku terus membelek-belek buku yang tebal dan bergambar daun gugur. Dalam hatiku terus berkata ini mesti buku cintan ni.

Aku : alang... best tak buku ni
Alang : best jugak, tapi alang baca lompat-lompat je, tebal sangat

Besok pagi, selepas sarapan, aku tengok buku tu diletakkan di atas meja makan yang alang gunakan untuk memeriksa kertas soalan studentnya, sekali lagi aku belek-belek buku tu. Hih sayang buku ni tak ada orang nak baca. Aku terus ke dapur dan membantu kakak ipar menyediakan makan tengahari. Lepas tu kak ipar dan abang ipar pergi kenduri kahwin. Suami ku pergi ke bandar, Alang dan angah selesai makan tengahari tapi aku masih di meja makan tak ada selera nak makan, rasa macam kenyang.

Angah : busu tak nak makan ke
aku : tak pelah, tunggu pak busu baliklah nanti kami makan sekali (sambil aku membelek buku tu lagi), pusing-pusing buku tu, tiba-tiba baca sinopsis di belakang buku nampak macam best lah pulak
aku : alang, boleh bukak tak buku ni (sebenarnya tangan dah mula mengoyakkan plastik yang membaluti buku tu)
alang : bukak lah

Selesai buka, terus aku tengok bab 1, waaa ini kisah kat italy best jugak... tak pa aku mula membaca sket-sket. Makin lama makin seronok, buku tu tebalnya sebanyak 750 muka surat, dalam hati mampu ke aku baca sampai habis ni.

Selepas makan tengahari dengan husband, husband kata nak keluar jumpa kawan untuk berbincang pasal tanah yang akan ditanam semula getah. Apa lagi aku pun ambil peluang nak baca buku ni.

abang ipar : nak pergi sekali? jomlah boleh minum cendol sedap,
aku : tak pelah
bila mereka bertolak je, terus aku membaca buku ni dengan tekun, memang seronok dan tak sabar ingin menikmati kesudahan ceritanya...
aku membaca terus membaca sehingga malam, selesai makan malam mereka semua keluar karaoke tinggal aku dan kak ipar sahaja, apa lagi sekali lagi aku mengadap buku ni. Sehingga mereka balik jam 2.00 pagi.

acik : aiii busu tak tidur lagi???
aku : kali ni busu nekad nak habiskan buku ni malam ni jugak

husband aku balik terus tidur dan berdengkur namun aku berjuang menghabiskan buku ni. Akhirnya aku dapat menamatkan buku ini pada pukul 4.00 pagi dengan rasa puas yang amat sangat. Sehingga hari ini aku masih lagi mengingati ceritanya dan watak di dalam buku itu. Rasa menyesal pulak tidak bawak balik buku tu, mungkin aku akan membeli senashkah untuk simpanan ku sebagai kenang kenangan.

Friday, April 13, 2012

Aku dan Research


Pagi ni pukul 11.00 aku ada meeting research dengan seorang prof. Sebelum ni aku dan team telah present di mesyuarat lembaga pengarah hasil research ni, adalah komen-komen membina yang membuatkan kami terpaksa membetulkan semula dan dicadangkan supaya prof ni membantu kami. Maka hari ni berjumpalah kami dengan prof ni, memanglah kalau dah prof tu memang lah prof, dia mintak marker dan terus berdiri di papan putih macam bagi lecture. Tapi bagi aku dia memang seorang yang bagus dan berpengalaman sebab sepanjang penerangan dan perbincangan ini aku memang faham dan jelas. Memang betul kami kena betulkan beberapa perkara sebab memang kurang jelas. Kami diberi masa untuk present kali ke dua nanti. Aku harap lepas ni kami akan beroleh kemenangan dan kejayaan. Habis meeting kami makan nasi berlaukan gulai lemak ayam dan sambal ikan kerisi serta telur masin memang berselera sebab kepala otak pun dah serabut dan hati dah senang. Kesimpulannya hanya sedikit sahaja yang kami perlu betulkan tak adalah banyak sangat dan teruk sangat seperti anggapan sesetengah pihak tu.

Wednesday, April 4, 2012

Aku dan Mesyuarat


Semalam mesyuarat petang, mesyuarat ni memang penting, ianya satu event yang besar dan penting di mana melibatkan VVIP dan VIP. Aku sebagai penyelarasnya... BETAPA BESARNYA TANGGUNG JAWAB INI, tapi akan ku gagahkan juga walaupun this is first time aku handle event penting macam ni, bos aku sebagai taukenya, TAPI bos aku dah mengalah separuh jalan, akan meletakkan jawatan sebelum event ni berlangsung, nampaknya aku akan meneruskannya dengan bos baru yang tak tau lagi siapa dan bagaimana orangnya. Mesyuarat semalam membincangkan tentang aturcaranya dan pengisian event tersebut, alhamdulilah ada lagi insan yang mahu memberikan idea idea yang bernas.

Hari ini ada mesyuarat agung satu pertubuhan di ofis aku, tapi niat aku dari semalam lagi aku tak nak masuk mesyuarat ni, kenapa??? aku tak tahu nak jawab apa, sbb aku memang tak minat nak masuk sedangkan aku telah dilantik sebagai penolong bendaharinya. Aku pun tak faham kenapa hatiku keras macam batu aku langsung tak nak masuk mesyuarat tu, aku sanggup duduk diluar menjaga pendaftaran dan mengutip yuran dan mengedarkan door gift je.

Aku rasa dah sampai masanya aku tak nak lagi melibatkan diri dengan sebarang mesyuarat persatuan di sini, tak tahulah aku rasa macam tak mampu dan tak minat. Tak tahu mungkin satu hari nanti Allah bukakan hatiku untuk aktif semula di masa akan datang.

Monday, February 20, 2012

Anak kucing (hujan) dah mati

Sebelum aku berangkat ke kedah hari selasa lepas, hujan - (nama anak kucing) mengiau dengan beria-ia dan kuat kedengarannya macam tak sihat... hati aku dah tak sedap, rasa macam kucing ni tak panjang umur je... aku bagi tahu angah, "angah, mama rasa kucing ni macam nak mati je"... sebelum angah ke sekolah pagi tu, aku dah pesan supaya bagi susu, tapi macam dia tak nak minum. Hari Rabu malam aku balik dari kedah, ijoi jemput dari Subang airport terus dia bagi tau
ijoi - mama nak tau satu cerita sedih?
aku - anak kucing dah mati ke
ijoi - mana mama tahu
aku - mama dah agak dah, dah tanam ke belum?
ijoi - tak ... tunggu mama
mam - laaa tak payah lah tunggu mama. tanam je lah

sampai rumah aku terus menerkam hujan yang telah dibungkus dengan kain lampin putih oleh angah, nampak angah dah bengkak mata menangis. Cepat aku mengarahkan ayah menanam hujan. Setelah digali lubang, suamiku mengambil hujan dalam bungkusan dan membukanya, alamakkkk sedihnya tengok hujan yang dah kaku terlentok tu... sedihnya aku tengok comel sangat. Ya Allah maha besar... tabahkanlah hatiku tak nak aku menangis depan budak-budak ni. angah langsung tak nak tengok. Keby masuk bilik terus menangis, si ayah memujuk, "nanti kita cari kucing lain lah" barulah keby rasa lega "betulke ayah"
TAPI sampai hari ni masih lagi tak ada kucing yang menggantinya.... kesian anak-anak ku yang merindui kucingnya..

Tuesday, February 7, 2012

Anak kucing comel


Semalam, selesai hujan lebat, tiba-tiba terdengar bunyi anak kucing yang kelaparan, aku biarkan je.. mungkin anak kucing kesejukan kot, tiba along bersungut issshhhh keby ni memandai je amik anak kucing tu.... lepas tu ijoy pulak bising-bising marah-marah, ooooo rupanya keby dah bawak anak kucing yang sedang kebasahan dan menggigil kesejukan ke rumah, memang kesian tengok anak kucing tu..... comel dan kelaparan. Kelam kabut ijoy dan keby mengambil susu dari peti ais nak bagi kucing tu... alhamdulilah aku dikurniakan anak-anak yang mempunyai perasaan belas kasihan sehinggakan aku yang tak suka kucing pun turut sama melayan mereka dan kucing tu. Ijoy sediakan kotak dan kain buruk, along selimutkan kucing, keby suap kucing susu menggunakan picagari... sejuk mata memandang ...

Sehinggakan nak tidur malam pun masih risaukan kucing takut kesejukan, memang kesian melihat si anak kucing tanpa ibu tidur keseorangan di dalam kotak tu... tersentuh hati dibuatnya.

Pagi ni, celik mata ijoy dan keby terus mengadap kucing yang diberi nama kiko, berikan susu. Tapi adik dan abang tak pegi sekolah hari ni.... sebab keby batuk, abang pun terus bagi alasan sakit perut, tak nak pegi sekolah jugak... aku layan kan ajalah, saja bagi peluang... rehat hari ni.

Sampai kat ofis aku buka facebook, tengok ijoy postkan dekat wall aku artikel macamana nak jaga anak kucing - "How to take care of new born kittens ellandriel.hubpages.com" sempat dia google cari maklumat tentang kucing tu... perihatin sungguh, semoga istiqamah perasaan itu hai anak anak ku...

Wednesday, January 11, 2012

Hari ni .. kelam kabut sikit

along and angah

Pagi ni sempat buat nasi goreng untuk sarapan angah dan husband bawak bekal. Hari ni budak dua orang tu nampak ok tapi si abang bila dah nak sampai sekolah je dia tanya:

abang : mama, hari ni mama ada meeting ke apa ke??
mama : kenapa? (dalam hati, ni mesti ada benda ni, berlegar cari alasan)
abang : malasla nak sekolah agama, penat la, mama boleh amik tengahari nanti
mama : mama ada meeting kat shah alam, tak boleh amik
abang : mama meeting pukul berapa sampai pukul berapa? (soalan --- mintak detail pulak)
mama : ni, pagi ni mama nak pegila ni, sampai petang rasanya.
abang : besok boleh tak ? (alamak dah buat plan dah)
mama : tak tau lagi, pegi jelah sekolah dulu...
abang : ya lah (turun kereta dengan muka kelat ya amat)

haa itulah si abang, kalau boleh setiap hari tak mau ke sekolah tak tau apa ada kat sekolah tu.. confius aku, dari darjah satu sampai darjah enam masih tak berubah (Ya Allah, hanya engkau sajalah yang tahu hikmahnya...)

Sampai kat ofis, si ayah call :

ayah : mama, boleh cakap?
mama : boleh, cakap lah (apa la yang bunyi macam urgent ni)
ayah : pagi tadi sempat tak?
mama : sempat.... kenapa?
ayah : pagar tutup tak?
mama : tutup, kenapa pulak?
ayah : saja nak tanya sebab pagi tadi ingatkan nak bagi mama keluar dulu, tapi kereta depan tu nak keluar jadi ayah jalan je la, takut mama ingat ayah yang tutup pagar, kalau dah tutup tak pelah.
mama : haa dah tutup dah, ok je...
ayah : ok lah.. bye

hari ni ada ceramah dekat auditorium, tiba-tiba angah call dari sekolah :

angah : mama, mama pagi tadi mama tutup pagar tak?
mama : tutup, kenapa? (haiiik isu pagar lagi)
angah : tak delah ingat mama tak tutup pagar, tenghari ni angah balik rumah
mama : ok, bye

tengahari ingat nak all along, try call tak diangkat, ni lah anak sulung aku ni, kalau orang telefon susah betul nak angkat...

Tuesday, January 10, 2012

Hari ini ... berjalan lancar - bos tak de

abang
adik


Hari ni aku bangun macam biasa, sempat lagi goreng roti celup telur, ni resipi paling mudah dan cepat, seronok tengok mereka berebut-rebut bawak bekal. Sampai sekolah adik tak buat hal alhamdulilah... tapi abang... sampai tengah jalan siap tanya lagi, "mama nanti mama tengok dalam beg sekolah agama, ada songkok tak" aku dah mula nak marah... "kalau tak adam, aku tanya" dia jawab "entah lah" eeee ini la benda yang paling aku pantang, nak patah balik hanya nak ambil songkok dia yang tertinggal nak redah jalan yang sesak macam cipan tu.. eee. Mulalah dalam kepala tu bersungut "eee kenapa malam tadi tak masukkan, kenapa tak tengok sebelum bertolak tadi" macam-macam perkara negatif kat kepala. Selesai hantar adik, isi minyak dan terus ke transit hantar beg, terus tengok beg dia cari songkok, alhamdulillahhhhh ada... syukur aku pada Allah, tu la lain kali jangan cepat sangat nak marah dan sangka bukan-bukan. Ya Allah aku amat bersyukur hari ni kerana engkau telah melancarkan perjalanan pagi ku.

Pagi datang office - semestinya perut lapar, sampai kat kantin, tukang masak tu cerita yang dia terjumpa hantu kat meja makan... alamak naik bulu roma aku, setau aku memang tempat ni keras. Alhamdulilah aku tak pernah terserempak dengan benda yang tak elok ni, ya Allah mohon dijauhkan sebab aku selalu sendirian di ofis apabila petang.

Masuk ofis - yess tugas rutin... nak telefon peserta tak habis lagi, kadang kala terlintas di dalam kepala ni, di zaman ICT ini masih ada keperluan lagi ke calling calling ni, bukan ke kita ada emel, ada laman web, ada facebook ada twitter ada blog ehhh rimas juga bila kena buat kerja calling dan merayu ni. TAPI bos kata itu personal touch, lagi mujarab dari menggunakan peralatan canggih tu. Dalam hati "ye ke???" tapi kalau difikirkan betul jugak. Contoh orang ajak makan kenduri, kalau dia call atau datang sendiri menjemput rasa macam sangat dihargai dan diperlukan, berat hati nak menolak. Tapi cuba kalau letak kat facebook atau sms je, rasa macam ajak-ajak ayam aje kan... tapi bagi orang sekarang mungkin tiada bezanya. Orang dulu suka kalau orang datang rumah boleh sembang boleh makan makan. Tapi sekarang ??? tak taula mungkin sibuk atau kesuntukan masa kot... merepekla pulak...

Monday, January 9, 2012

semalam dan hari ini




Pagi Semalam hantar mereka ke sekolah tanpa sebarang masalah.... semuanya berjalan lancar walaupun si adik terlambat sedikit semuanya hokey je...

Semalam
Masuk office terus buat kerja contact peserta-peserta yang akan menghadiri taklimat yang akan aku berikan minggu depan, kalau ikutkan feed backnya maca okey je tapi tak tahula sampai masa nanti tak ramai yang datang, biasala kan...

petang semalam
meeting tergempar lagi... bos baru balik dari meeting ketua-ketua so banyak benda baru nak disampaikan... antaranya.. mohon cuti kena tujuh hari sebelum cuti... alamak susahla macamani kena rancang betul betul ni.. kalau tak nahas.. lagi satu program konvensyen tu... k.pengarah dah mintak sikit info dan secara tak langsung aku dilantik menjadi penyelarasnya... emmmm positif thinking (boleh la.. lambat lagi tu ... tapi dalam hati kalau program ni tak jadi alangkah bagusnya). Tiba-tiba bos kata program ni kpi menteri.... ishhh tak habis-habis dengan kpi, manalah tahu kot-kot bulan november ni bertukar menteri atau bertukar kementerian ke... kan lain jadinya tu... walau bagaimanapun aku akan start buat homework bila dah habis pru nanti lah. Tapi ofismate kata kalau setakat nak tempah hotel tu boleh je...

hari ni (pagi)
Awal hari ni aku dah keluar rumah tanpa memasak sebarang breakfast sebab takut terlambat macam semalam. Memang awal dan sampai sekolah abang awal lagi dan abang tukar fikiran "mama antar adik dulula, ngantuklah" mamanya menjawab "kalau lambat nanti abang jangan marah" so adik dihantar dulu, sampai jalan nak masuk sekolah adik dah banyak kereta beratur biasalah.... sampai depan sekolah adik buat hal menangis tak nak pegi sekolah penat katanya... apalagi gunung berapi meletup la... aku pun menjeritlah menengking si adik, bayangkan aku dah sampai depan sekolah dia tak nak turun, belakang kereta banyak queue, ehhh memang geram aku, terpaksa buat sekalilagi pusingan sambil buat pusingan tu tak berenti aku membebel sehinggakan adik terus terdiam tak jadi menangis dan si abang terus terjaga dari tidur. Tapi dalam hati kecil ini berkata "ya Allah betulke apa yang aku buat ni, bolehke aku membebel macamni, " Tapi kalau aku tak membebel budak ni tak faham.

Sehingga sampai kat depan sekolah, adik pun turun dan bersalaman dengan aku dan terus masuk ke sekolahnya.. sebak pulak aku tengokkan. Terus memandu laju ke sekolah abang pulak, memang dah lambat pun, sampai depan sekolah abang, abang pulak buat hal, sakit kepala katanya dan tak nak masuk sekolah. Masa ni aku kontrol, tak nak marah-marah lagi dan secara perlahan aku cakap dengan dia, "abang pergi sekolah..." bila dia turun kereta ja aku terus jalan tak pandang belakang lagi dah, aku takut dia berubah fikiran. Aku hanya mampu berdoa semoga dia masuk ke sekolah dengan selamat.

Begitula anak-anak ku, sehingga darjah enam masih lagi tak mau pegi sekolah.. aku tak tau sehinggakan aku rasakan ada badi atau hantu ke kat sekolah tu...

Friday, January 6, 2012

Meeting..


Sejak semalam, masuk kerja aja dah ada meeting, semalam meeting sampai pukul 1.15 pm, berasap kepala, aku bersyukur kerana masih lagi boleh mendengar dan memberi sedikit pendapat di dalam meeting itu. Aku membayangkan pengerusi mesyuarat, alangkah penatnya beliau kerana sentiasa bercakap tak berhenti dan sentiasa berfikir untuk membuat keputusan kepada semua catatan minit yang lepas. Memang patut dia berada di kerusi itu, Tuhan itu maha adil, kalau aku??? memang tak mampu sebab itu Allah letakkan aku di sini bukan di situ, Ya Allah aku memang bersyukur.. di atas rezeki yang engkau kurniakan.

Lepas meeting aku berkejat ke transit si adik untuk memastikan dia selamat sampai, maklumlah hari ni hari pertama dia menaiki kereta baby sitter tu, di hati kecil ini terfikir takut dia tertinggal atau mungkin dia tak biasa dengan cik liza tu. Sampai saja aku di transit terus nampak si adik yang sudah siap berbaju seragam sekolah agamanya.. dan dia terkejut melihat aku datang dan dia tanya "mama, kenapa datang/" untuk menutup kebimbangan terus aku berkata "saja jaaa nak bagi tau adik purse adik ada dalam beg sekolah agama" dan cik liza terus berkata "hari ni dia dah ada kawan, satu kelas dengan dia juga naik kereta saya dan duduk kat sini" alhamdulilah sekali lagi aku berasa amat bersyukur kerana anak ku telah mempunyai kawan untuk sama-sama duduk di foyer untuk menunggu cik liza bila habis sekolah.

Aku balik ke pejabat terus makan nasi goreng kampung, memang terasa amat lapar dan penat.

Petang tu ada meeting lagi... meeting tergempar kata bos, meeting berkenaan dengan promosi dan jeng jengnngg hujung tahun ini pusat kami mendapat satu program besar iaitu "konvensyen modal insan" yang mana majlis ini akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri dan akan dihadiri oleh 1500 orang peserta dan 13 pembentangan paper . Yyrrrp biar betul boss, bukan calang program ni ... tapi kita kena berfikiran positif... anggaplah ini satu platform untuk menimba pengalaman baru dan kesernonokan.... yessss bolehhhh

Monday, January 2, 2012

Tahun 2012

Hari ni hari pertama aku bekerja, ingatkan jalan lengang rupanya jem jugak... on the way ke pejabat kepala ligat memikirkan apa aku nak buat hari ni, terlalu banyak satu persatu disusun dalam kepala. Sepatutnya hari ni aku cuti untuk selesaikan segala kerja yang tertangguh tapi en suami kata kena kerja sayangkan cuti sebab tahun ni banyak nak pakai cuti. Aku akur... masuk pagar office terus thumb print dan pusing balik ke bank, bayar kredit kad yang dah dua hari lambat, alhamdulilah ada parking walaupun dah lambat, agaknya ramai yang masih bercuti, selesai bayar kad kredit, pusing balik ke office... minum, pekena nasi lemak dan nescafe.. alhamdulilah kenyang.. masuk office, ehhhh hanya sorang je roomate yang ada, tengok kat whiteboard ooooo semuanya cuti.. termasuk bos aku yang memang jarang cuti pun cuti jugak... waaaa kenapa aku tak cuti je hari ni.

buka pc... listkan apa nak buat:
1. call skm kuala kubu - promosi
2. borang advance belum isi
3. cuti besok - hrmis belum isi, gcr belum update
4. filing diploma belum buat

buka emel - tengok agihan tugas untuk 2012 yang terkini... alamak ada tambahan, kena ke cawangan sekurang2nya tiga kali tahun depan... out station..... la kita..

tiba-tiba ijoy telefon... tenggelam timbul suara nangis demam katanya tak bangun dan badan sakit-sakit terpaksa balik ni, kena hantar klinik sebab besok dah nak start sesi persekolahan... uhhh memang patut cuti je hari ni sebenarnya, sebelum tu en suami call bagi tau beberapa perkara;
1. kereta proton tu ada masalah lagi kena hantar servis sebelum tempoh jaminan tamat (aku ke yang kena buat - penuh persoalan)
2. duit angah bila nak amik
3. result angah bila keluar
4. transit adik dan abang dah settle ke belum

lepas tu angah pulak call, "mama angah ni nak kena beli buku ke tak payah??" aku juga kena jawab, last2 jawab "suka hati angah la, kalau rasa nak beli, beli je la dulu" mak dia dah tak larat nak fikir dah.
semua yang di atas aku kena fikir.... ehhhh sabar je la...

nak balik sat tengok ijoy, kalau teruk nak hantar klinik...