Tuesday, November 8, 2011

Malam raya 2010

ayahanda a.k.a aki senyum gembira melihat telatah 4 orang cucu sahaja

angah over acting dekat baju raya yang dah digosok  oleh mama

4 orang cucu aki

ni la baju raya tema merah hati semua kain imported dari Pune India

angah tayang gigi, belakang tu baju raya mama tema kabi kushi kabi gham

Aksi Keby dan Ijoy

keby bersiap sedia untuk ke sekolah madeleine PJ

Tayang perut nampak

kenapa ijoy macam terkejut je


Tuesday, October 18, 2011

Sekolah along




Sekolah Sains Bagan Datoh Perak

Sempat lagi mama dan ayah posing depan bas - yang ni asrama along




Dorm Along 2010






Berbuka puasa di yantis satay di subang parade

geram ngan keby dah penat menunggu

along masih ceria

chewahhh

keby ni kacau je lahh

angah posingg

dah berbukaaa
Lepas penat shopping apa lagi  berbuka timeee, tempat favorite yanti's satay subang parade

Shopping Raya 2010

si mama masih tak dapat apa yang dihajat
ayah yang dah tak larat senyum je la

Bila la nak habiss ni...
si tembam yang tak puasa
Ini cerita shopping raya tahun 2010 dulu.. dah lama dah, tapi nak juga cerita kat sini, we all tak shopping jauh kat reject shop kat subang parade je... itu jelah yang termampu... merendah diri la pulak, yang shopping sakan kat india hari tak hingat...

Tuesday, February 22, 2011

Angah pulak demam

Hari ni angah pulak demam, selepas hantar ijoi ke sekolah, hantar keby, sampai kat sekolah keby ok je... bila nak keluar je dari kawasan sekolah tengok dia nangis. Hissss apa lagi keby ni dalam hati. Pegi kat dia tanya kenapa, rupanya purse dia tertinggal kat rumah, ha tu lah kat rumah asyik nak nangis je sampai lupa dompet. Bagi dia rm2 dan janji nanti mama akan masukkan dompet ke dalam baju sekolah kebangsaan. Nasib baik memang nak balik rumah sebab nak hantar angah ke klinik.

Lepas selesai keby, urusan angah pulak, hantar angah ke klinik, jumpa doktor, tanya doktor tentang penyakit H1N1 dengar cerita wabak tu ada lagi, doktor kata memang ada tapi dah tak risau cuma dia macam penyakit denggi aja, pergi hospital ambil darah, klu confirm H1N1, bagi ubat dan makan antibiotik, sebab ubat dia dah ada sekarang ni tak perlu lagi nak kena kurung macam dulu. Lega rasa hati dengar penerangan doktor ni. So angah dapatlah mc hari ni, dinasihatkan untuk duduk rumah dan rehat puas-puas.

Bila selesai menguruskan tiga orang anak mama ni, barulah senang hati mama nak ke tempat kerja.

Sunday, February 20, 2011

Keby Sakit, kesiaan dia


1. Hari sabtu, (19 Feb 2011),bawak keby ke klinik sebab kena jangkitan kuman di saluran kencing, kesian dia bila nak kencing tak boleh tahan dan sakit pulak tu. Peha dia pulak habis melecet.. tu lah sapa suruh tembam sangat.

2. Sampai kat klinik doktor suruh kencing, tak boleh kencing la pulak, dah habis tiga botol air, barula boleh kencing kebyy, kebby, nak marah rasanya, sebab tengahari nak keluar hantar pergi sekolah lah pulak

3. Tengahari hantar sekolah jalan jem, sampai sekolah 1.35 pada hal masuk sekolah 1.10 pm. Kesian dia lambat masuk kelas, terkedek-kedek dia kesian kebby

4. Petang tu ambil keby tengok dia semput pulak.. terlena tersandar atas kerusi tu kesian diaa, malam tu pukul 1.00 pagi hantar dia klinik ambil gas. baru dia boleh tidur.

5. Semalam pagi2 lagi dia dah bangun, alhamdulilah nampak sihat dan ceria je... suka tengok kebbby dah petah semula