Wednesday, April 8, 2015

Aku dan cili api


Kata orang berbakti pada tanah tak rugi..... nah ini dah terbukti walau pun bukan aku yang tanam,aku datang petik hasil je hahhaa jangang marah.  Abang ipar aku yang punya usaha tapi semua orang dapat merasa.  Inilah hasil tangan abang Ayub di tanah getah kami di negeri Melaka.  Leka aku mengutipnya tak terasa walaupun panas terik.  Masyaallah bayu dari Allah yang menjadikan tidak terasa kepanasan,

Aku dan nostalgia....



Siapa tahu gambar apa ni?  susah nak dapat ni, hanya di rumah kampungku aja yang ada, malangnya saat aku menulis blog ini semuanya sudah tiada lagi HUHUHUU sebab banjir baru-baru ni.. Banyak kenangan aku dengan benda ni.  Buat emping, putu kacang, dodol, emmm banyak lagi terima kasih LESUNG KAKI.

Thursday, June 14, 2012

Ijoy dan Keby


Hari ni ijoy dan keby tak sekolah hidung berdarah.... terlalu panas kot.. kesian tembam dua orang tu, sedih tengok nampak macam penat sangat. Pagi-pagi lagi dah bangun bersiap nak pergi rumah mak ngah, tak nak tinggal dengan along kat rumah, rindu dengan mak ngah kot.... semoga ijoy dan keby cepat sembuh...


Aku dan modul Pengenalan Teknologi Maklumat (ICT)


Menulis modul ini bukannya senang, nak pulak modul yang berbentuk akademik yang akan menjadi panduan bagi pelajar-pelajar. Semasa menulis ini sentiasa aku memikirkan adakah pelajar aku faham dengan modul yang aku tulis ni, banyak persoalan yang bermain di minda ini seperti :
- setelah baca modul ini boleh ke mereka faham apa yang cuba aku sampaikan
- aktiviti dan soalah latihan yang aku berikan ini adakah telalu mudah atau susah
- jika soalan yang susah ini, mampukah mereka menjawabnya
- jika soalan terlalu senang pulak, adakah modul ini tidak berkualiti
memang susah rupanya nak membangunkan sesebuah modul, nak pulak modul yang aku buat ni adalah untuk diguna pakai oleh pelajar diploma secara jarak jauh... kalau mereka tak faham kesiannn mereka kan dahlah jauh tanpa guru.... semasa aku menulis modul ini sentiasa aku memohon doa kepada Allah swt semoga diberikan ilham ayat-ayat yang mudah difahami supaya pelajar dapat memahaminya dengan mudah.

Sehingga kini aku telah menyiapkan 6 modul dari 14 modul, modul 7 tinggal sikit lagi nak siap. Masa yang diberikan cuma dua bulan je lagi... kalau mengingatkan due date ooooooohhh berpeluh dibuatnya. Akan aku usahakan supaya siap sebelum due date. semoga Allah permudahkan usaha aku ini.

Sunday, May 13, 2012

Aku dan Along


Hari tu 7 Mei 2012 hari keputusan UPU diumumkan. Hati berdebar-debar sama ada along dapat atau tidak kursus yang dimohonnya. Adakah permintaan ku setiap kali selepas habis sembahyang dan setiap kali sujud itu ditunaikan oleh Allah. Namu aku percaya apa jua keputusannya adalah kehendak Allah jua, aku redha dengan apa pun keputusannya dan setiap kejadian itu ada hikmahnya, aku memang berpegang kuat pada itu.

Tiba-tiba along telefon :
along : mama along dah dapat keputusan upu kawan along tolong tengokkan
aku : dapat tak?
along : dapat .... tapi teknologi makmal perubatan
aku : ya ke... tak pelah nanti kita bincang kemudian
along : along pergi rcmp je lah mama...
aku : tak pe nanti kita bincang dulu

Nampaknya apa yang aku doa dan along doa tak kesampaian, mesti ada yang tersirat... aku cuba menelefon salah seorang peserta kursus yang merupakan pensyarah dari uitm untuk bertanyakan tentang pertukaran program. Malangnya dia memberitahu polisi terkini tidak lagi boleh menukar program atau menukar kampus. Ini untuk mengelakkan kesulitan pentadbiran di uitm.

Puas bertanya dengan kawan-kawan dan sedara mara, mereka mencadangkan along stick kepada keputusannya amik farmasi di unikl.

Monday, April 16, 2012

Aku dan EPF aka KWSP


hari ni terfikir ingin menguruskan pengeluaran duit epfku yang dah lama beku, Beku sebab aku dah masuk taraf pencen yang sebelum ni aku memang pencarum epf hingga tahun 2009. Kawan-kawan lain semuanya dah keluarkan duit tu, cuma aku je, hanya lately baru terfikir nak keluarkan sebab along nak pergi belajar dan terfikir kalau labur dalam asb lagi bagus lagi banyak pulangannya.

Maka hari ni mulalah aku menyalin segala benda yang perlu dan tidak terlintas sedikit pun di benak fikiranku ini bahawa aku kena isi borang yang perlu di tandatangani oleh ketua jabatan. Sebelum tu dah buat sedikit research dari kawan-kawan, cuma kata mereka cuma bawak surat pengesahan pencen, no akaun dan ic saja. Aku pun dengan senang hati membuat salinan apa yang perlu dan terus ke tempat yang dituju. Sampai di kaunter :

aku : assalamualaikum, saya nak buat pengeluaran duit sebab dah masuk ke pencen
pegawai epf : waalaikumsalam, masuk pencen ke skim bersara
(aku mula confiuse, pencen ke bersara, mana satu yang betul ya.. rasanya aku belum pencen maknanya belum bersara, tapi masuk skim pencen)
aku : masuk skim pencen (penuh yakin)
pegawai epf : dah isi borang ni (sambil menunjukkan borang)
aku : belum
pegawai epf : isi borang ni dulu, bawak ni, ni, dan ini, (sambil membuat bulatan kepada mana yang perlu disediakan, aku hanya angguk saja, sebab tak nampak apa benda yang dibulatkan)
pegawai epf : lepas tu dapatkan tandatangan dari pegawai puan di sini.
aku : pegawai??? pegawai apa ya, sambil aku menjengkelkan mata melihat ruangan tandatangan tu,
aku : oooo ketua jabatan, ok tak pe, terima kasih

Aku mengambil borang dan membayar parking terus balik ke ofis. Satu pengajaran bagi aku, sepatutnya aku pergi dulu ke laman web epf dan tengok atau download dulu borang yang perlu dan isi dulu supaya aku tak buat kerja dua kali, maklumlah sekarang ni dah zaman teknologi, semua maklumat di hujung jari, mengajar orang pandai tapi bila dah kena kat diri sendiri baru padan muka...

Baliklah aku ke ofis dengan tangan kosong dan sakit hati kerana terpaksa datang semula. sampai ofis aku buka laman web epf semua ada kat situ termasuk borangnya sekali. Terus aku isi borang dan dapatkan tandatangan dari ketua hr. Pukul 3.00 ptg baru aku pergi ke epf sekali lagi dan ia tidak memakan masa yang lama pun untuk menyelesaikannya. Syabas epf kerana mempunyai sistem kaunter yang cepat. Maka aku tunggu dalam masa dua minggu ni aku akan menerima duit ku kembali. Lepas tu barulah boleh diagih-agihkan kepada mana yang perlu. Kaya sekejap....

Pengajaran : Lain kali kalau nak berurusan dengan agensi kerajaan kena buka dulu laman webnya supaya kita tak payah buat kerja dua kali.

Aku dan Novel (aku yang kau tinggalkan)


Macam tak percaya, hujung minggu aku dihabiskan dengan membaca novel bertajuk "aku yang kau tinggalkan" ditulis oleh alina haiza. Memang sebelum ni seumur hidup aku tak pernah baca novel, maklumla aku ni tak sensitif dan tak romantik, bagi aku orang yang baca novel orang yang jiwang suka senyum sorang-sorang dan suka nangis sorang-sorang. Masa aku sekolah rendah dulu aku banyak baca siri penyiasatan dan cerita-cerita lasak dan pengembaraan. Bila masuk sekolah menengah macam pelik tengok kawan-kawan boleh kusyuk mengadap novel bagi aku masa tu cukup buang masa. Hari ni memang dalam sejarah betul, aku boleh baca novel. Cerita ni bermula begini (macam aku pulak nak tulis novel ni)

Hujung minggu lepas (hari jumaat malam) aku balik kampung dan tidur di rumah abang iparku, dia ni mempunyai 4 orang anak yang dah besar-besar belaka, Anak lelakinya yang bongsu masih belajar menumpang kami balik sekali. Kami menjemputnya di asrama dan bersamanya satu plastic bag barang.

Aku : apa dalam beg tu macam berat je
Dia : alaaa kertas A4 dan buku untuk Alang, dia suruh habiskan baucer buku tu

Sampai di rumah, anak buah tu terus bagi dekat alang,

Alang : Alaaa alang dah bacalah buku ni

Aku terus tengok buku yang masih dibaluti plastik tu tajuknya "aku yang kau tinggalkan". Aku terus membelek-belek buku yang tebal dan bergambar daun gugur. Dalam hatiku terus berkata ini mesti buku cintan ni.

Aku : alang... best tak buku ni
Alang : best jugak, tapi alang baca lompat-lompat je, tebal sangat

Besok pagi, selepas sarapan, aku tengok buku tu diletakkan di atas meja makan yang alang gunakan untuk memeriksa kertas soalan studentnya, sekali lagi aku belek-belek buku tu. Hih sayang buku ni tak ada orang nak baca. Aku terus ke dapur dan membantu kakak ipar menyediakan makan tengahari. Lepas tu kak ipar dan abang ipar pergi kenduri kahwin. Suami ku pergi ke bandar, Alang dan angah selesai makan tengahari tapi aku masih di meja makan tak ada selera nak makan, rasa macam kenyang.

Angah : busu tak nak makan ke
aku : tak pelah, tunggu pak busu baliklah nanti kami makan sekali (sambil aku membelek buku tu lagi), pusing-pusing buku tu, tiba-tiba baca sinopsis di belakang buku nampak macam best lah pulak
aku : alang, boleh bukak tak buku ni (sebenarnya tangan dah mula mengoyakkan plastik yang membaluti buku tu)
alang : bukak lah

Selesai buka, terus aku tengok bab 1, waaa ini kisah kat italy best jugak... tak pa aku mula membaca sket-sket. Makin lama makin seronok, buku tu tebalnya sebanyak 750 muka surat, dalam hati mampu ke aku baca sampai habis ni.

Selepas makan tengahari dengan husband, husband kata nak keluar jumpa kawan untuk berbincang pasal tanah yang akan ditanam semula getah. Apa lagi aku pun ambil peluang nak baca buku ni.

abang ipar : nak pergi sekali? jomlah boleh minum cendol sedap,
aku : tak pelah
bila mereka bertolak je, terus aku membaca buku ni dengan tekun, memang seronok dan tak sabar ingin menikmati kesudahan ceritanya...
aku membaca terus membaca sehingga malam, selesai makan malam mereka semua keluar karaoke tinggal aku dan kak ipar sahaja, apa lagi sekali lagi aku mengadap buku ni. Sehingga mereka balik jam 2.00 pagi.

acik : aiii busu tak tidur lagi???
aku : kali ni busu nekad nak habiskan buku ni malam ni jugak

husband aku balik terus tidur dan berdengkur namun aku berjuang menghabiskan buku ni. Akhirnya aku dapat menamatkan buku ini pada pukul 4.00 pagi dengan rasa puas yang amat sangat. Sehingga hari ini aku masih lagi mengingati ceritanya dan watak di dalam buku itu. Rasa menyesal pulak tidak bawak balik buku tu, mungkin aku akan membeli senashkah untuk simpanan ku sebagai kenang kenangan.